simpan apa saja barangan edisi terhad sama ada yang baru atau lama,sama ada dapat free atau beli dan juga barangan kenangan oldskool,antik atau apa-apa aje lah asalkan berkenan dan tertarik dihati.Blog ini dibuat untuk tatapan sendiri,pecinta-pecinta dan pengumpul-pengumpul barangan baru,lama,antik yang mempunyai hobi dan minat yang sama.Terima kasih kerana melawat blog ini.
folooo...
29 Oktober 2010
Beg-Eco dari JACOB'S
Petang semalam pergi pasaraya berbelanja.Lalu bahagian rak biskut,memang aku nak cari biskut pun sebab biskut kat rumah dah habis.Belek-belek tin biskut JACOB'S warna kuning ni( Hi-Iron cracker ).Tin biskut cracker biasa pun ada promo ni.
Mula-mula tak perasan juga ada iklan kat bahagian tepi tin ini ada pemberian percuma beg-eco ni sebab kecik sangat.Dah ternampak ada promo tu apa lagi terus sambar je la.Ni kira pembelian serampang 3 mata.Macamana tu? Biskutnya aku makan,beg dan tin aku guna balik,atau beg dan tin juga boleh aku kumpul dan simpan buat koleksi.
27 Oktober 2010
Mug Ali Cafe Halim Othman & Abby Fana
Satu lagi variasi mug Ali Cafe.Yang ini adalah keluaran terawal daripada yang pernah di post dulu.rasanya keluaran kedua dan ada keistimewaannya sedikit kerana kat badan mug ada cop tandatangan Halim Othman dan Abby Fana semasa mereka menjadi duta produk Ali Cafe dahulu.Untuk pengetahuan Halim Othman dan Abby Fana pernah bekerja di stesyen radio Era dan Halim Othman pernah memecah rekod bersiaran 3 hari tanpa henti satu ketika dahulu.Agaknya Halim Othman belasah minum Ali Cafe ni banyak-banyak untuk tahan ngantuk
26 Oktober 2010
Lagi-lagi Sunquick...
Lagi gelas sunquick.Dua kaler oren dan kuning,katanya ada warna hijau...entahlah!
Berapa biji set dia aku pun tak tahu,info tahun dikeluarkan tak ada.Yang ni sama dengan Bro Rasli.
Katanya gelas ni tahun 2009.Kalau nak tau kena jember lagi sampai jumpa...Insya Allah!
25 Oktober 2010
Mug Seramik dari Colgate
Koleksi mug seramik dari Colgate.Dua biji mug empat segi dan satu mug bulat warna coklat yang agak lusuh tu dapat dari kawan sekerja,dia tolak harga borong 8 biji mug dengan satu harga.4 biji mug bulat berlainan warna tu jember kat pasaraya,jualan penghabisan stok.
Mungkinkah mug empat segi tu sama warna dengan mug bulat, 4 biji berlainan warna untuk satu set.Kalau 4 warna yang dikeluarkan maka mug bulat tu kira dah cukup set,aku kena cari 2 biji mug empat segi warna kuning dan coklat untuk cukupkan set.Kat mana lagi nak sekodeng? Takpa kena usaha lagi,pelan-pelan kayuh....ada rezeki bertemu jodoh juga kan?
24 Oktober 2010
Mug Nesvita Omega Plus 2009
22 Oktober 2010
Gelas Plastik Minuman Yogurt Nestle BLISS
Promo untuk gelas ni masih berjalan,beli minuman yogurt 700gm.Ada 5 pilihan warna merah,oren,hijau,maroon dan biru,
21 Oktober 2010
Set Cawan Kopitiam Milo
Set ni baru je dapat,sejarahnya aku tak pasti sangat tp sebab cantik,tertarik aku sambar je.Sayangnya set ni tak cukup satu pasang kalau tidak memang best lah kalau setengah dozen,lengkap.
Cawan kopitiam ini seakan-akan cawan Nescafe-Milo yang pernah dikeluarkan oleh Nescafe.Cawan ni taklah besar sangat kira sedang-sedang je iaitu mulutnya sebesar lebih kurang 2.5 inci diameter.
Tak ada apa-apa 'event' atau sambutan peringatan yang dicopkan pada cawan ini kecuali perkataan 'Energise Your Day' dan cop logo MILO.
Sesuai sangat dihidangkan 'milo panas' bersama kek pisang kepada tetamu yang datang bertandang di petang yang santai.Emmm.....nyum...nyumm..nyumm!
19 Oktober 2010
Set Lengkap 6 pasang Cawan Kopitiam Nescafe MENU
Selesai sudah usaha pemburuan cawan kopitiam Nescafe MENU ni.Enam pasang cawan Nescafe MENU sudah cukup set di almari aku.Penat juga mengintai sana-sini untuk cukupkan set ni.Sejak dari bulan puasa lagi aku dah memburu cawan ni.Kira dah banyak juga kopi pra-campur Nescafe MENU aku dah telan dari Nescafe White Coffe,NESLO dan Tarik tapi aku lebih suka NESLO dan White Coffe.Untuk Nescafe Tarik ni aku tak berapa gemar sangat, rasanya tak seperti Nescafe tarik original tetapi untuk cukupkan set lengkap cawan ni aku terpaksa juga beli 2 bungkus Nescafe Tarik ni tu pun bukan sekaligus.Pek MENU Tarik yang pertama itu pun belum habis lagi.
Aku terpaksa sambar juga pek MENU Tarik ni sebab kes pasaraya tak nak beri kalau pek tak ada pelekat cawan tu dan yang tinggal hanya pek Tarik ni.(ikut hati mau aku ubah pelekat Tarik ni ke NESLO tapi sebab aku nak minum kopi tu rasa macam tak berkat pulak).hu hu hu...nak buat macamana cawan punya pasal ambil juga lah.
Maka dengan rasminya aku tutup buku untuk pemburuan cawan Nescafe MENU ni.
15 Oktober 2010
Set Sudu-Garpu CROWN dari Samaria
Set sudu-garpu ni aku beli semasa jadi ahli AMWAY MALAYSIA pada 2002, bukan nak pun masa tu tapi beli kerana nak cukupkan PV.Jenama CROWN dari Samaria dengan teknologi Korea.kualiti yang terbaik dengan saduran stailess steel 18-10.
Set sudu-garpu memang dibuat untuk koleksi penggemarnya,boleh juga kalau untuk diguna.Bila aku tengok set ni rasa nak bubuh dalam frame.Teringat pula Kassim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku.Bahaya juga letak kat luar boleh buat cucuk mata ni hu hu hu.......
Samaria ni masih lagi beroperasi dan mengeluarkan produk sudu,garpu,pisau,mug dan lain2 lagi.
Biasanya harga untuk barangan Samaria dari RM59 - RM699,boleh juga dibeli secara bilah selain daripada set.Boleh tengok koleksi mereka kat sini katalog Samaria.
Set yang aku punya ni memang khusus dibuat dan dipek untuk AMWAY MALAYSIA.Sekarang aku rasa AMWAY dah tak jual produk ni,mungkin tak laku kot
Didalam set ini ada 16 bilah semuanya tapi satu bilah sudu kecik tu dah tak ada,aku pun tak tau kat mana lesapnya,sayang sungguh!
12 Oktober 2010
Tumbler Plastik Horlicks
Dapat dari penyokong kuat bab-bab hobi ni(siapa lagi kalau bukan orang rumah...he ..he ..he.. ).
Dibeli dari lebihan stok di sebuah pasaraya.Harga murah je.Bro-bro blogger kalau ada info tentang tumbler ni boleh bagi kat komen..TQ.
Baru perasan,banyak pula aku kolek tumbler, dah jadi fanatik(gila) tumbler pula mcm bro rasli..ha..ha..ha.
Sori bro rasli..kita gila mengumpul je bukan gila mentalkan..(minta jauhkan lah)
Set Lengkap Sudu Cereals Nestle
Makan cereals Nestle memang sedap,bukan budak-budak je suka, orang dewasa macam aku ni pun suka.Makanan berkhasiat dan berzat ini banyak dikeluarkan oleh syarikat Nestle.Aku paling suka koko krunch.Anak-anak aku memang suka sangat makanan ini.Beli mesti tak sampai satu hari dah habis,tu yang kena beli banyak-banyak.Kalau anak-anak suka makan makanan ni aku pula suka beli bila ada souvenir percuma disertakan.Nestle Cereals memang selalu bagi cenderahati bersama kotak-kotaknya.
Disini aku paparkan set lengkap pemberian sudu percuma dari Nestle Cereals.Terdiri dari Koko Krunch (merah), Milo (hijau),Honey Star (biru) dan Cookies Crisp (kuning).Kat sini ada pula terlebih sudu merah koko krunch.......(nampak lawa pula bila beratur warna-warni....he ...he ...he...).
Sudu dah lengkap,kini kena buru mangkuk pula,mangkuk milo dah ada kena cari yang lain cukupkan set.Baru-baru ada nampak mangkuk Honey Star tapi yang lain-lainnya tak pula nampak kelibatnya. Ada satu set macam sudu atau pun tak ada aku tak pasti pulak...konpius ni.Kalau adakan best.....
Info tambahan: sudu kuning juga boleh didapati dengan produk FROSTIES
11 Oktober 2010
Mug Bidan Terjun
Inilah aku namakan 'mug bidan terjun' sebab mug ini tidak termasuk dalam senarai 'pemburuan' aku.Ceritanya begini, hari sabtu lepas aku pergi membeli-belah di salah satu cawangan Jusco di JB.Kebetulan memang nak cari mug Kit-Kat jadi bila sampai di rak Kit-Kat aku meneliti papantanda iklan disitu,memang ada ditulis 'Get 1 Mug Free' siap aku tanya promoter disitu untuk pastikan betul-betul.
Sesudah membayar bergegas ke kaunter penebusan.Sesudah meneliti resit belian perempuan kaunter itu menyatakan mug Kit-Kat tak ada setelah mencari-cari kat rak dan siap tanya gambar atau pelekat kat pek belian.Memang tak ada gambar atau pelekat mug pada pek dan yang membuat aku 'panas' dia boleh berkata "kalau tak ada gambar atau pelekat tak boleh redeem barang".Beberapa kali aku kata "kenapa papantanda iklan ada tulis dpt mug,kalau tak ada mug jangan letak/tulis".Dia kemudian bagi aku 1 mug ni sebagai ganti,aku tanya kenapa 1 je belinya 2 pek,dia selamba kata beli 2 pek dpt 1 mug.Malas nak bertekak lagi aku pun belah dari situ sebab orangramai pun dah pandang semacam je,naik segan pulak aku.
Apapun aku bersyukurlah sebab ada 'buah tangan' balik rumah.Kira berbaloi juga walaupun terkilan tak dapat mug Kit-Kat tu.
Member2 blogger pun dah bagi tips-tips berguna untuk aku.Lepas ni kena gunapakai tips-tips tu.
Terima kasih bro Iaryylr dan bro spallan
10 Oktober 2010
Mug Super Power 2009
Ada 3 warna dikeluarkan tapi aku dapat 2 biji sahaja.Promosi dengan pembelian Kopi Pra-Campur Super Power.Mug ini dijual lebihan dari stok promosi pada tahun lepas.Sebenarnya semasa beli mug-mug ni kat pasaraya tersebut ada 3 warna tetapi warna hijau aku tak ambil kerana ada sompek kat mulutnya.Sompeknya agak besar juga.Sekarang dah tak jumpa lagi mug Super Power warna hijau kat kedai-kedai,tak dapatlah nak cukupkan koleksi.
09 Oktober 2010
Langgan:
Catatan (Atom)