folooo...

17 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011


Semalam tak sempat nak posting pasal Hari Guru tapi rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua bekas guru-guruku,guru sekolah,guru mengaji dan guru yang mengajar erti kehidupan, ibu dan ayah yang sentiasa menjadi guru seumur hidupku dan hidup mereka.
Tak lupa kepada seluruh guru-guru 1Malaysia terutama isteri yang menjadi guru kepada anak murid dan anak-anak,jutaan terima kasih kepada semua.

Bersempena sambutan Hari Guru semalam 16hb.May 2011 yang diadakan disetiap sekolah maka sudah menjadi kebiasaanlah guru-guru akan menerima hadiah-hadiah samaada dari murid-murid atau kawan-kawan bagi menghargai tugas seorang guru.



 Bermacam-macamlah hadiah yang diberikan oleh murid-murid kepada guru-gurunya bagi menyatakan penghargaannya.Tak kisahlah sama ada hadiah tu mahal atau murah yang penting pemberian itu ikhlas bagi menyatakan tanda 'rasa terima kasih' terhadap gurunya.


Tak terkecuali bagi murid-murid memberi ucapan-ucapan dan sajak-sajak yang meluahkan rasa hati dan perasaan mereka terhadap guru-guru mereka.Dengan perasaan ikhlas dan jujur itu mereka menulis pada media seperti kertas,papan tanda atau apa saja yang ingin mereka beri dengan kreativiti masing-masing.


Bagi mereka yang lebih dewasa seperti kawan sejawatan atau ibubapa murid-murid lebih mengerti  jasa seorang guru maka secara simboliknya akan menghadiahkan sesuatu yang lebih bermakna.....diharap semua mendapat pahala dariNYA.InsyaAllah......

Bagi aku setiap tahun bermula 5 tahun lepas aku tidaklah menyambut hari guru ini atau mendapat hadiah dari anak murid sebab aku bukan guru tetapi..........
yang lebih bermakna kerana sambutan yang lain untuk anak ke-3 ku jatuh pada tarikh yang sama....tetapi belum terlaksana dek kesibukan...sabar nak,esok kita tiup lilin ya!


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails