folooo...

03 Mei 2011

Beg shopping KFC

makan ayam hari-hari bagus ke?
folded atau dilipat....senang dibawa dengan membimbit 
tayarnya boleh dilipat
apabila tayarnya dibuka dan ada tongkat
tingginya separas peha.....boleh ditarik atau digalas.
Hari ni anak #3 demam pula,dari pagi sampai petang tak nak menjamah makanan.Selepas dibawa ke klinik boleh pula dia buat permntaan nak makan ayam kat Tesco Extra ,macam ayam upin-ipin katanya.Ingatkan dia nak makan ayam Kenny Roger's ke apa tapi bila sampai ditunjukkan kat KFC padahal kat tempat aku berlambak juga McD,KFC,Marry Brown yang ada jual ayam goreng.Tak boleh nak kata apa layan aje kerenahnya asalkan dia nak makan sudahlah.Jauh juga jarak Tesco Extra tu dari rumah ada la dalam 15 km.

Bila masuk dan nak order makanan terasa pula aku nak cuba rasa chiken chop KFC,tak perasan pula ada pakej yang bagi sekali dengan beg shopping ni.Itu pun dah ditanya oleh awek yang jaga kaunter tu samaada nak yang biasa atau yang ada beg.Apa lagi bagi naluri seorang pengumpul macam aku ni dengan tak fikir panjang terus minta yang pakej hadiah ni.

Dah dibawa makanan ke meja dan makan ingatkan  2 ketul ayam tadi habis dimakannya tapi lepas gigit sekali dan kunyah sedikit mengadu sakit perut.Lebih banyak minum air dari makan,.isteri pula terpaksa habiskan ayam-ayam tadi.
Yang kenyang mak dan bapanya,hati bapa tadi yang sukaria sebab dapat 'barang' dah susah hati pula...aduyaiii!!.......dah tiba waktu malam,badan dah nampak berpeluh tanda demam dah kebah sikit,barulah minta nasi...lega rasanya!...

Apa-apapun layan saja gambar kat atas sambil dengar/baca cerita aku ni....he he he..

ops lupa lak nak promo, kalau sesiapa belum rasa chicken chop ni bolehlah berkunjung ke KFC dan dapatkan beg ni sama ada warna merah hati atau biru gelap.
Shopping lepas ni boleh lah aku bawa balik free gift bubuh dalam beg ni..he he he..



1 ulasan:

Iaryylr berkata...

Syabas! nie nak kena makan kfc perghhh letih juga he he he!

Related Posts with Thumbnails