folooo...

24 Mei 2011

Cawan Kopitiam Completa Dutch Lady

4 set cawan kopitiam completa warna putih bersih dengan cop Dutch Lady Completa.Cawan ini sama warna dengan cawan Horlick kopitiam,yang membezakannya adalah dari segi saiz dan bentuknya sedikit berbeza.Hanya dapat jember 4 set sahaja dan memang sangat susah untuk mendapatkannya.Dapat pun dengan harga yang agak lumayan juga.

Susu krimer completa ni sedap juga sepertimana susu krimer cap junjung.Dutch lady juga ada keluarkan susu sejat dengan nama Completa juga.




17 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011


Semalam tak sempat nak posting pasal Hari Guru tapi rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua bekas guru-guruku,guru sekolah,guru mengaji dan guru yang mengajar erti kehidupan, ibu dan ayah yang sentiasa menjadi guru seumur hidupku dan hidup mereka.
Tak lupa kepada seluruh guru-guru 1Malaysia terutama isteri yang menjadi guru kepada anak murid dan anak-anak,jutaan terima kasih kepada semua.

Bersempena sambutan Hari Guru semalam 16hb.May 2011 yang diadakan disetiap sekolah maka sudah menjadi kebiasaanlah guru-guru akan menerima hadiah-hadiah samaada dari murid-murid atau kawan-kawan bagi menghargai tugas seorang guru.



 Bermacam-macamlah hadiah yang diberikan oleh murid-murid kepada guru-gurunya bagi menyatakan penghargaannya.Tak kisahlah sama ada hadiah tu mahal atau murah yang penting pemberian itu ikhlas bagi menyatakan tanda 'rasa terima kasih' terhadap gurunya.


Tak terkecuali bagi murid-murid memberi ucapan-ucapan dan sajak-sajak yang meluahkan rasa hati dan perasaan mereka terhadap guru-guru mereka.Dengan perasaan ikhlas dan jujur itu mereka menulis pada media seperti kertas,papan tanda atau apa saja yang ingin mereka beri dengan kreativiti masing-masing.


Bagi mereka yang lebih dewasa seperti kawan sejawatan atau ibubapa murid-murid lebih mengerti  jasa seorang guru maka secara simboliknya akan menghadiahkan sesuatu yang lebih bermakna.....diharap semua mendapat pahala dariNYA.InsyaAllah......

Bagi aku setiap tahun bermula 5 tahun lepas aku tidaklah menyambut hari guru ini atau mendapat hadiah dari anak murid sebab aku bukan guru tetapi..........
yang lebih bermakna kerana sambutan yang lain untuk anak ke-3 ku jatuh pada tarikh yang sama....tetapi belum terlaksana dek kesibukan...sabar nak,esok kita tiup lilin ya!


14 Mei 2011

Beg Eco Vico

Dengan Vico pek Pilihan_4 pilihan design

Trading Card Plastik Transformers dari NUTRIGEN

5 watak robot

Decepticons_penjahat yang aku minat ho ho ho
Sentinel Prime
Optimus Prime
Bumblebee_robot yang diminati oleh anak2.apa saja kereta warna kuning dipanggil Bumblebee
Shockwave
bahagian belakang_licensed by Hasbro n Paramount Pictures
Plastik lutsinar ( intrem kat shoutbox spallanpunya ),sori bro...
Satu lagi free gift terbaru dari Nutrigen

11 Mei 2011

Pinggan LEXUS

 hanya 3 dari 4 design dapat dikumpul,design 'family' tak jumpa sampai hari ni



Pembelian yang berbaloi,dengan sebungkus biskut LEXUS keluaran terbaru yang beharga RM4.99 maka dapatlah sebiji pinggan ini .Promo biskut terbaru LEXUS perasa coklat,cheese,blakcurrant dan peanut.

03 Mei 2011

Beg shopping KFC

makan ayam hari-hari bagus ke?
folded atau dilipat....senang dibawa dengan membimbit 
tayarnya boleh dilipat
apabila tayarnya dibuka dan ada tongkat
tingginya separas peha.....boleh ditarik atau digalas.
Hari ni anak #3 demam pula,dari pagi sampai petang tak nak menjamah makanan.Selepas dibawa ke klinik boleh pula dia buat permntaan nak makan ayam kat Tesco Extra ,macam ayam upin-ipin katanya.Ingatkan dia nak makan ayam Kenny Roger's ke apa tapi bila sampai ditunjukkan kat KFC padahal kat tempat aku berlambak juga McD,KFC,Marry Brown yang ada jual ayam goreng.Tak boleh nak kata apa layan aje kerenahnya asalkan dia nak makan sudahlah.Jauh juga jarak Tesco Extra tu dari rumah ada la dalam 15 km.

Bila masuk dan nak order makanan terasa pula aku nak cuba rasa chiken chop KFC,tak perasan pula ada pakej yang bagi sekali dengan beg shopping ni.Itu pun dah ditanya oleh awek yang jaga kaunter tu samaada nak yang biasa atau yang ada beg.Apa lagi bagi naluri seorang pengumpul macam aku ni dengan tak fikir panjang terus minta yang pakej hadiah ni.

Dah dibawa makanan ke meja dan makan ingatkan  2 ketul ayam tadi habis dimakannya tapi lepas gigit sekali dan kunyah sedikit mengadu sakit perut.Lebih banyak minum air dari makan,.isteri pula terpaksa habiskan ayam-ayam tadi.
Yang kenyang mak dan bapanya,hati bapa tadi yang sukaria sebab dapat 'barang' dah susah hati pula...aduyaiii!!.......dah tiba waktu malam,badan dah nampak berpeluh tanda demam dah kebah sikit,barulah minta nasi...lega rasanya!...

Apa-apapun layan saja gambar kat atas sambil dengar/baca cerita aku ni....he he he..

ops lupa lak nak promo, kalau sesiapa belum rasa chicken chop ni bolehlah berkunjung ke KFC dan dapatkan beg ni sama ada warna merah hati atau biru gelap.
Shopping lepas ni boleh lah aku bawa balik free gift bubuh dalam beg ni..he he he..



Related Posts with Thumbnails