folooo...

25 Jun 2012

Cik Maggi mengajar memasak.........

 Pandangan depan cover

24hb Jun 2012,jam 4.30 ptg mempersembahkan 2 pek kosong Cukup Rasa 300g,1 pembungkus luar Mee Maggi 2 Minit Kari(5 pek) dan 3 4 kotak 60g kiub Ayam dan TomYam yang semuanya berjaya aku kumpul matanya sebanyak 32 mata untuk menebus buku resepi edisi terhad dari Maggi.

 Pandangan belakang cover

Seorang budak lelaki Cina berpakaian kuning Maggi yang tengah duduk menunggu seakan mengantuk kerana tiada sesiapa yang datang menebus buku resepi ni.Mungkin ramai yang tak minat kot? Mungkin juga sudah ramai yang menebusnya pada tengahari tersebut.Aku lihat hanya 1 kotak saiz sedang kat tepi kaki budak cina tu,agak-agak dalam 30-50 buah buku sahaja yang boleh dimuatkan.

 Kandungan Resepi

Difahamkan 100 buah buku diperuntukan bagi sesebuah stesyen penebusan dan seorang hanya boleh menebus satu buah buku untuk hari tersebut,Kalau nak lebih kena tunggu hari lain pulak.

 100 Sajian lazat @ seimbang dari maggi

Dua hari diperuntukan untuk masa penebusan iaitu hari Sabtu dan Ahad bermula 12pm - 9 pm.Jam 5pm-6pm (rehat).

 Berbentuk seperti Kalendar meja

Buku resepi ini mempunyai 2 versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English.Kalau nak diikutkan aku nak kolek kedua-duanya sekali tetapi dah tak sempat pulak.Tarikh tutup penebusan ini berakhir pada 30hb Jun ini.Bajet dan tak ada nak tunggu gaji hujung bulan ni baru dapat.

 Salah seorang chef pilihan yang menyumbangkan komen dan resepi....ada kenal ke?Dan ramai lagi chef yang dijemput 'masuk buku' termasuk Pemenang Masterchef 2011 tak lain tak bukan Dr.Ezani Farhana

Kelongsong dan isinya

Aku ingatkan saiz buku ni sama saiz dengan kalendar meja yang biasa tu tetapi bila dapat mak ooi! besar juga saiznya.Lebih kurang saiz kertas A4 satu rim atau besar sikit je.Kira berbaloi juga mendapatkannya dan bertambah berbaloi-baloi kalau dimanfaatkan isi kandungnya.Insya Allah aku akan cuba masak ikut resepi Cik Maggi ni......he he he..isteri lagi suka la kalau aku masak.

8 ulasan:

Iaryylr berkata...

syabas bro!, iaryylr ingat dah habis macamtu rupanya ada lagi, mata memang dah cukup kira tadi, memang ada juga simpan siit sikit buat stok kes begini :)

nikths berkata...

Bro belum dapat lagi ke? Cepat dapatkannya hari sabtu penghabisan ni.

Spallan berkata...

memang besar buku resepi ni, tak sangka betul. tapi itulah yang membuatkannya berbaloi untuk disimpan, lebih-lebih lagi dikeluarkan sempena 100 tahun nestle...extra syok. syabas bro.

Unknown berkata...

erm.. rasanya dpt tgok dr blog rakan2 je.. benda yang menarik.. terbaik!

fairus berkata...

BOLEH TAHALAH... :)

Unknown berkata...

Nak juga buku nie

Unknown berkata...

macam mana nak dapat kan buku resepi nie

Unknown berkata...

macam mans nak dapat kan buku resepi nie

Related Posts with Thumbnails