sebahagian produknya
kopi versi k-cup pelbagai perisa
Tentu ada sesetengah pembaca tak pernah nampak dan tahu mengenai nama kopi ni samalah juga seperti aku pada mulanya.Dah jadi tabiat pengumpul apa yang berkenan dihati akan terus disambar terutama kalau yang ada logo atau nama,info boleh cari kemudian.Aku beli mug ni di sebuah kedai runcit pada tahun lepas.Hanya sebiji sahaja yang ada.
Info tentang Green Mountain Coffe:-
1.Dikilangkan di USA dan dijual secara online ke serata dunia.( laman web Green Mountain Coffee )
2.Mempunyai berbagai nama kopi dan perisa termasuh teh dan coklat.
3.Terdapat perisanya menamakan sempena tempat di Indonesia seperti Mocha Java K-Cup,Sumatra K-Cup dan Organic Sumatran Reserve Extra Bold K-Cup.
4.Kopinya berasal dari tanah tinggi Mexico,Taman Nasional Gombe,Tanzania dimana tempat tinggal cimpanze Tanzania.Juga dari Amerika Selatan,Afrika dan Indonesia ( Gayo Highland,Sumatra) berdekatan Tasik Laut Tawar(tengah2 antara Meulaboh dan Lhoksumawe).
5.Selain kopi GMC juga menjual pembancuh kopi,makanan bakeri,coklat dan souvenir.
6.Souveniernya seperti mug,travel mug,gelas,thermos,tumbler,canister,beg shopping,bagpack dan lain-lain lagi.Souvenier ini boleh dibeli dilaman webnya secara online.Kalau nak dapatkannya bolehlah order pakai kad kredit.
7.Green Mountain Coffee juga boleh diikuti di:-
Mug yang aku dapat ni bawah bontotnya ada tulis 'Made in China',tak tau pula ori ke atau tidak.
kalau nak tengok souvenirnya boleh lawat laman webnya dan pilih menu bahagian 'gift & samplers.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan