folooo...

21 Januari 2011

Cawan Kopitiam Teh dan Kopi 888


Cawan kopitiam dari teh 888 ni hunting secara online.Diperbuat daripada seramik dan dibuat oleh Claytan,sebuah syarikat pembuatan seramik yang tidak asing lagi di Malaysia.
Tidak tahu pula pembuatannya memang dibuat begitu atau disebabkan dimamah usia.Badan cawan dan piring ini seperti retak seribu.Pada agakan set cawan ini dah lama tetapi tak tahu bila dibuat.Ada sebarang info dari kawan-kawan silalah berikan komen mengenai cawan ini ya!Kita berkongsi apa-apa maklumat.

Sungguh malangnya,sebenarnya set cawan kopitiam teh 888 ini datang dengan 6 set cukup tetapi apa boleh buat dah tak ada rezeki maka jadilah seperti gambar kat atas ni.Nasib baik juga 1 cawan je,kalau banyak,  eeemmm.....

Takpalah bila ada rezeki boleh gantikannya balik walaupun dalam kepayahan menunggu dan mendapatkannya.









3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman: Cawan ini design lama, lihatlah ejaan zaman P Ramlee pada "Minum-lah" tetapi dikeluarkan semula sebagai legasi 888 yang menjangkau 70 tahun. Versi asal mungkin keluaran kilang lama sebelum bertukar ke nama Clayton. Lihat buntut cawan "microwave" Barang lama mana ada microwave. Dikeluarkan secara terhad kepada pelanggan komersil kedai kopi saja dan tidak kepada pengguna. Maka sedikit susah nak dapat. Jika sesiapa berminat sila hubungi: roslan_adam@yahoo.com

nikths berkata...

TQ Tanpa Nama dengan Infonya.Satu Info yang berguna.

Tanpa Nama berkata...

roslan_adam@yahoo.com - Sedikit lagi sambung: Menurut seorang kawan yang kerja di 888 cawan ini keluar dua tiga tahun lalu dan masih lagi ada berbaki stock khusus kepada pelanggan peniaga kedai kopi. 888 legasi yang bertapak di Bedong, Kedah. Menarik bukan saja pada ejaan lama "minum-lah" tetapi juga ejaan kopi dalam bahasa China yang rapat kepada sebutan dan ejaan Melayu. Ejaan dan sebutan sebenar bagi Kopi dalam tulisan dan bahasa China ialah "Cafe" dan bukan "kopi"

Related Posts with Thumbnails