folooo...

20 September 2010

Menabunglah di TABUNG HAJI



Tabung duit TH ni belinya sudah lama bersama dengan mug tapi mugnya sudah pecah.Barangan souvenir Tabung Haji memang ada dijual kepada orang ramai,aku pun dah lama tak menjenguk ke Tabung Haji sejak bank-in duit guna online atau pergi je ke Bank Islam.

Untuk mendapatkan mug dan tabung ni memang kena keluarkan duit dan harganya boleh dikatakan mahal,harga untuk mug sahaja RM25.00 tapi sebab nak simpan/kumpul ambil je.Tabung ni aku lupa berapa harganya.
Ada 2 warna bagi tabung ni hitam dan kuning dengan rangkanya putih.Tabung ni dimasukkan duit  di sebelah atas dan boleh dikeluarkan di bahagian tapak bawahnya dengan menggunakan kunci kecil,kuncinya ntah mana aku letak.Kunci tu gempak je sebenarnya boleh pun buka dengan cungkil sedikit penutupnya.
Aku tak pernah pun simpan duit syiling dalam tabung ni,selalu simpan syiling guna bekas plastik yang buat isi tauhu panas macam kat pasar malam je.

Kumpul sebagai ingatan sempena pembukaan akaun anak sulung kat Tabung Haji pada 2001.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails