29 Disember 2011

Siapa yang pernah minum Susu Pekat Yeo's?......

Aku konpius samaada pernah minum atau tidak susu pekat yeo's.Seingat aku tak pernah nampak yeo's ada keluarkan susu pekat tapi entahlah mungkin tak sampai kat kampung aku agaknya.Orang lain mungkin pernah nampak atau minum susu pekat Yeo's ni.Aku tak dapat nak bayangkan macamana rupa tin susu pekat Yeo's tu.Agak-agak macamana ya?Kalau sesiapa ada clue boleh terangkan disini,kalau ada gambar lagi bagus.
Pertanyaan aku ni ada hubungkait dengan benda alah dibawah ni....
 
Dapat 5 pasang cawan ni dari abang Lan Antik tapi lupa bulan berapa beli ni tapi rasanya tahun ni juga..Sebenarnya ada 2 jenis yang dijual,satu bontotnya agak bulat semacam cawan kopitiam lama tu dan ada 6 pasang tapi tak sempat tanya dah disambar orang.
Kondisi cawan ni agak cantik dan berkilat,pembuatannya pun agak halus.Sepertimana kata Abang Lan susah nak juga dapat cawan ni.Amat jarang  sekali terjumpa di kedai-kedai apek ataupun jualan online.


 Menurut 'Encik Google" Yeo's melancarkan produk susu pekat manis ni pada tahun 1992.Kebanyakan produk Yeo's adalah jus soya dan buah-buahan,makanan tin seperti kari daging,ayam dan kambing,makanan sambal bilis,sotong,sardin,kekacang dan sos.Lain-lain seperti mee segera dan pes masakan.
Produk susu ni aku begitu konpius,mungkin produk susu ni tidak begitu laris dan hanya bertahan beberapa tahun sahaja.
Apa yang pasti dari maklumat yang sedia ada, cawan ni dikeluarkan pada atau selepas tahun 1995 sebab logo yang tertera di badan cawan adalah logo baru yang dilancarkan pada tahun 1995.
Walau bagaimana pun sekurang-kurangnya aku dah ambil tahu serba sedikit tentang kewujudan syarikat Yeo's ni dan juga produk-produk mereka.

2 ulasan: