Lama juga tak meng'update' blog dari 3 hari sebelum Hari Raya Puasa hingga ke hari semalam,genap 2 bulan juga.Selain 'mood' yang hilang aku juga terlalu sibuk dengan rutin kerja baik kerja di tempat kerja maupun di rumah.
Pada hari raya pertama aku dah mula kelam-kabut sebab selepas solat Hari Raya,orang rumah dah sakit-sakit perut menandakan dah sampai masanya.Petang Hari Raya pertama itu juga dimasukkan ke wad dan terus buat 'cesarean' dan selamat 'melahirkan' anak perempuan tunggal pada pukul 5 petang.
Bermula hari itu juga tugas aku menjaga segala keperluan rumahtangga,persekolahan anak-anak termasuk baby dan mak baby.Kiranya aku jadi MR.MAMA bertauliah.Itulah sebab aku tak cukup masa tidur,berehat apatah lagi nak 'online'.Operasi men'jember' koleksi dihentikan sama sekali.Berkorban apa saja demi keluarga tercinta....tinggal dulu cerita aku ni kita cerita pasal barang kumpul pulak.....
Sempena kembali semula ke arena jomkumpul ni aku entrikan sebuah mug dari teh BOH keluaran tahun 2011.Terdapat 2 corak yang dikeluarkan,dengan bentuk dan warna yang sama cuma beza lukisannya.Ada yang 'lelaki' dan ada yang 'perempuan'.Aku membeli 2 pek 100 uncang teh BOH tetapi sayangnya yang 'perempuan' tiada stok terpaksa ambil kedua-duanya 'lelaki'.
Corak yang cantik dan penuh abtrak ditambah dengan gandingan sudunya.

menarik ni bro, masih belum kelihatan lagi kat kawasan lembah kelang ni. kena tunggu kehadirannya kelak...hehehe. satu soalan la bro, nescafe banyak-banyak kat header tu menggugat sanubari la. mana mau dapat yang semacam itu...?
BalasPadamSelamat kembalai! Syabas Bro! dengan keluarga baru, untuk boh pula nampaknya mimpi ngeri sayang sama dengan saya dua yang serupa, lebih malang lagi sebelum buat bayaran dah tanya penjaga fee gift tu ada tak keduanya, dia cakap ada ada, saya kata betul ada? ada ada jawabnya, bila claim tak ada pula... maaf pun tiada... itulah yang terjadi di jj bukit tinggi klang...hu hu hu..
BalasPadamBro spallan..gambar header tu buat bakor semangat diri dan kawan2 sealiran...he he he..Ni semua koleksi dari luar negeri terutama Australia,England,negeri2 sebelah Scandanavia,Eropah timur dan yang paling banyak dari pengeluar mug/cawan Nescafe/Nestle iaitu China.kebanyakan seramik semuanya buatan China.Takpa satu hari Nescafe Malaysia akan buat juga patern2 mcm ni sbb memang diaorang impot dr China.Kalau ada kawan ke China boleh tolong belikan...he he he..
BalasPadamBro Iarrylr...TQ.Begitulah asam garam kehidupan para collector.