04 Mac 2011

Amboi Banyaaknya!

sebelahnya gelas kasberg
banyak sungguh
Mug ulangtahun ke -80 ni adalah keluaran tahun 2009.Tak sangka tahun 2011 ni banyak pula mug ini keluar.Kenapa lama dia menyorok aku tak tahu.
Sebenarnya aku tak ada niat nak memcari barang-barang tapi sambil menunggu anak habis kelas di sekolah agama aku saje jalan-jalan ke satu pasaraya.Tempat yang pertama yang aku tuju mestilah rak barang-barang dapur.Terkejut juga aku begitu banyak mug ini dipamerkan,ada la kot dalam 2 dozen.Aku tak ambil apa-apa pun hari tu sebab tak bawa duit tetapi sehingga ke hari ini belum kesempatan lagi ke pasaraya itu lagi.Aku pun tengah dilemma sama ada nak ambil atau tidak.Aku dah ada sebiji mug ini dan pernah entrikannya,Boleh lihat sini,
Mungkin juga aku boleh ambil dan barter dengan kawan-kawan yang belum ada..ada yang mau ke?..entahlah...

Kalau lihat gambar atas sekali tu yang dalam kotak hijau tu adalah gelas nipis carlsberg,rupa bentuk gelas tu macam bentuk tin minumannya tetapi tiada penutup.Agak unik dan menarik juga gelas ni.Kalau tak kerana jenama minuman ni memang aku sebat je.Harganya pun RM0.80 sen je.Memang betul-betul cantuik,tapi apakan daya ya!

Bab-bab benda ni aku kena jaga juga,walaupun kita tak minum tapi kalau simpan/guna/display benda-banda macam ni macam kita promosi juga la.Pernah juga tanya ustaz pasal simpan/guna/pamer benda-benda yang ada jenama minuman seperti ini,katanya seperti kita berusaha mempromosikan jenama ini walaupun kita sendiri tidak meneguknya.Jadi tetap dapat dosa sebab cuba menonjolkan namanya secara tak sedar atau dengan kata lain syubahat.Lebih baik jauhkan perkara-perkara yang syubahat.Banyak benda lain lagi boleh kumpul tak? Walaupun cantik tapi kita gadaikan maruah dan iman kita buat apa? Ini adalah pendapat dari hati aku sendiri,orang lain aku tak tahu....
banyak juga collector yang mengumpul dan berniaga benda-benda macam ni...jadi...tepuk dada tanya selera.Kita manusia hanya boleh berfikir mana baik dan buruknya, yang memberi dosa pahala adalah dariNYA.







6 ulasan:

  1. bro, kalau mug BOH tu lapanpuluh sen saja sebiji, kasi tapau 4,5,6,7,8biji, sepuluh pun takpa. anniversary mug tu bro, beli sekotak 100 uncang baru boleh dapat satu mug.....hehehe, cadangan saje

    BalasPadam
  2. Harga yang Rm0.80 sen gelas kasberg bro..Mug BOH tu rasanya RM2.00.Ingat nak ambil juga,tapi tak banyak la,cukup 6 biji kot.

    BalasPadam
  3. Syabas! Bro, borong lebihlah, nanti kita boleh tukar-tukar, boleh jual-jual, sebenarnya saya terlepas mug tu, hu hu hu!. memang kekadang kita mengumpul banyak dilema sebab membabitkan kos dll. kadang kala dilema kita semua hampir sama sahajakan, hi hi hi...

    BalasPadam
  4. Ok bro...nanti saya borong.kalau nak boleh roger nanti.

    BalasPadam
  5. ya bro, saya juga ada beberapa barang lain yang lebih, he he he!

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama23/9/13 2:45 PG

    Salam bro saya baru lagi join kumpul mengumpul ni.saya minat ngan mug boh 80th anvsry ni.kalau bro ada lebih boleh la jual atau nak swap.saya ada mug coffemate "ku di sisimu" papa hal rojer 0192145612

    BalasPadam