Botol ni berasal dari rumah mak mertua,yang kanan buat isi asam keping dan yang sebelah kiri pula buat isi baki buah kurma bulan puasa.Begitulah semestinya kegunaan selepas habis semua isinya dimakan.Bak kata pepatah 'habis madu sepah dibuang' tapi tidak untuk orang kampung apabila membeli produk yang diisi dalam botol,mangkuk atau gelas.Mereka akan kitar semula bekas-bekas tersebut.
Berkenaan botol ini sudah semestinya yang sebelah kiri itu dari produk Milo sebab ada tulisan cetak ditutupnya.Sebelah kanan kenapa tak ada?Sebenarnya sengaja aku nak intremkan.
Aku keliru adakah botol sebelah kanan tu dari produk Milo.Kalau tengok rupabentuk serta warna tutupnya boleh dikatakan 'confirm' dari Milo tapi entahlah aku tak boleh sahkan samaada betul atau tidak.Mungkin juga Milo menggunakan pelekat plastik atau kertas di badan dan tutupnya,aku buat andaian ni kerana aku ada 2 biji gelas plastik dari Milo yang ditampal pelekat plastik dan aku mengesahkan bahawasanya memang gelas itu dari Milo sebab aku dapat yang baru dan ada pelekat. Oleh kerana diguna dan dibasuh maka pelekat itu tertanggal dari badannya.Aku rasa Milo berkemungkinan juga gunakannya pada badan dan tutup botol ni.Banyak kemungkinan sebenarnya dan kemusykilan tak terjawab juga.Kawan-kawan blogger yang tahu boleh tolong jawabkan?
Aku ada 1 biji botol lagi yang sebelah kanan tapi tertinggal kat rumah mak aku dan badannya bogel macam ni juga jadi tak dapatlah nak siasat apa pelekatnya.Apapun aku kumpul aje.
yang sebelah kanan tu memang botol milo.saya ada 6 biji.keluaran thn 1995@ 1996.saya isi gula sbb ttupnya memang ketat tak dapat semut nk masuk.sekarang dah tak jumpa bekas yg mcm ni.
BalasPadamAna...banyak tu..mai sebotoi he he
BalasPadamterima kasih Ana tp kenapa tak ada cetak? biasa nescafe atau milo dia mesti cetak namanya,dia orang lupa kot?
BalasPadamBro , yang kanan saya ada satu, belum entri sebab tengah cari maklumat, saya pun keliru mulanya, bekas milo atau kopi, sebab dulu ada kopi dalam bekas camtu, cuma ngapa tiada cop ala emboss tu. Emak buat isu kopi dari dulu.., kalau comfirm dah milo okeylah tu Bro! Syabas!
BalasPadambetul tu bro rasli, BR pun nak sebotoi.. hehe..
BalasPadamBR pon takde gak yea he he...bukan depa tak tulis..dah jadi trend masa tu main tampal2 je..nak jimat kos kot..80an..kebanyakan botol keluaran malaysia depa hanya tampal stiker je mcm botol tauchu & botol kicap..tp Botol ni aku rasa botol baru mybe untuk keluaran khas..
BalasPadammasa sya bli botol tu mmg ada isi milo dlmnya.sya ada 10 botol smuanya tapi dah tinggal 6 biji,yg lain dah pecah.dulu2 mmg suka minum milo tu yg borong smpai 10 biji tapi dah x ingat brapa harganya sebiji.apa2 pun mmg suka bentuk bekasnya menarik
BalasPadamYup... Yang kanan tu mmg milo.. Saya ada dalam 6 biji dan masih tersimpan elok kat umah...
BalasPadam