simpan apa saja barangan edisi terhad sama ada yang baru atau lama,sama ada dapat free atau beli dan juga barangan kenangan oldskool,antik atau apa-apa aje lah asalkan berkenan dan tertarik dihati.Blog ini dibuat untuk tatapan sendiri,pecinta-pecinta dan pengumpul-pengumpul barangan baru,lama,antik yang mempunyai hobi dan minat yang sama.Terima kasih kerana melawat blog ini.
05 November 2010
Bekas Creamer Merah Nescafe
Berjember hari ni kat pasaraya dengan beli Nescafe Classic 200g.Dapatlah bekas creamer seperti yang diwar-warkan pada minggu lepas.Sebenarnya nampak bekas creamer ni pada 29 Okt yang lepas tapi rezeki tak ada masa tu sebab pek Nescafe Classic 200g tak ada pulak kat rak.Selepas itu masa pula tak ada untuk menjenguk ke pasaraya sehingga ke hari ini.Alhamdulillah masih banyak lagi bekas ni kat kaunter.Mungkin betul seperti bro Iaryylr kata bekas ni untuk promo bulan November 2010.
Bekas ini memang comel dan kiut dan saiznya kecil sahaja,lupa nak sukat berapa banyak air/susu yang boleh isi kedalamnya.Yang herannya kenapa bekas creamer ni tak dibuat tangkainya,kalau ada tangkai baru lebih bergaya.Untuk geng2 pengumpul sila dapatkan sekarang dipasaran sebelum kehabisan stok.
Wahhh, sangat menarik tu, design yang lain daripada biasa. Syabas bro.
BalasPadamcantik lah bekas ni, nk kena cari jg ni
BalasPadamBro Syabas!, menarik!. Tahun ini ada mug merah, sudu merah, bekas susu merah, bekas gula merah, gelas clear,cawan kopitiam, beg membeli belah.. apa lagi agaknya yang akan dikeluarkan? pinggan belum lagikan?, teruskan usaha mencari barang baru dan lama!
BalasPadamBro iaryllr :
BalasPadammcm2 benda dia boleh keluarkan jug,tray,teko,coaster,shaker dll.Kalaulah dia dpt keluarkan cawan kopitiam warna merah NESCAFE alangkah bagusnya.
MATAHARI:
Cari jangan tak cari..cepat2 nanti habis stok.
yea la..NIK kalau ada tangkai kan cantik..tp tak kisah la janji ada kelainan dari NESCAFE
BalasPadam