16 September 2010

Gelas Lama Colgate

emboss bontotnya tidak sekata (senget)

pandangan dalam gelas ( Emboss 'Colgate')

dasarnya tidak rata
gelas simple

Dapat gelas ni masa balik raya minggu lepas rumah bonda (menjember semasa raya he he he.....)
Pada mulanya tak perasan pulak tapak(bontotnya) dicetak tak sekata.'Emboss Colgate tidak berada pada tengah-tengah dan terbalik,gelang tapaknya senget dan mengecil pada satu bahagian.
Kemungkinan gelas ni gelas 'reject' kerana pembuatan yang tidak sempurna.Aku pun tak tahu macamana gelas ni boleh ada kat rumah mak aku.Dia guna gelas bukan buat minum pun tapi tempat letak alat-alat solek,sedih tengok gelas ni kotor dan berabuk.Lepas dibasuh baru menampakkan wajahnya yang sebenar, macam baru he he he....dan yang membuat aku tertarik kerana keunikannya dek kerana 'kecacatannya'.

Satu gelas yang simple dan menarik dari COLGATE.Tahun dikeluarkan aku tak tahu sebab belum pernah tengok gelas ni sebelum ni....

2 ulasan:

  1. Gelas colgate byk juga yg cun..aku pon kolek gak.

    BalasPadam
  2. aku ada gak.. dah pecah. tak sempat nak kolek.

    BalasPadam