folooo...

01 Julai 2013

Sunquick 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama tak update blog, bulan Jun hanya satu sahaja entri dimasukkan.Dek kesibukan kerja maka blog tidak dijenguk apatah lagi mau update.

Bagi entri kali ini entri berkenaan gelas SUNQUICK 2013 yang baru terbit dipasaran.Cepat-cepat simpan untuk koleksi bagi semua yang berminat.

Tahun 2012 Sunquick memberi sebiji gelas kontot rendah dengan 'potongan straight-cut', maka bagi tahun 2013 ini potongan lebih berbentuk 'menggiurkan', tinggi sedikit dari gelas 2012 dan rendah rendah sedikit dari gelas 2011 dan tahun sebelumnya tetapi tetap mengancam dan comel.

Gelas yang diperbuat di negara jiran Indonesia ini agak tebal juga.


Pembemberian gelas percuma ini hanya untuk perasa oren,Mangga dan Tropika (setakat yang aku nampak dan tau la) bagi perasa lain-lainnya aku belum ternampak lagi dimana-mana kedai atau pasaraya.

Bentuknya seakan-akan gelas nescafe tetapi lebih kontot sedikit.Logonya masih dikekalkan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun corak lakaran pada gelas ini tiada tidak sepertimana tahun 2011 dan 2012,namun kecomelan gelas ini tetap terserlah.Logo yang diterakan agak simple tetapi nampak menarik.
Dari 2 minggu lepas memang sudah ternampak promo ini dan membelinya tetapi hampa kerana apa yang dapat adalah gelas sunquick dari tahun 2011 yang sudah banyak dapat.Apabila ditanya tentang gelas ini, jawaban belum sampai lagi ke sini.Pelik betullah jawaban yang diberi.Rasanya macam tak logik langsung.Botol promo dah bertimbun-timbun tetapi.....hu..hu..hu.


12 Jun 2013

Itali mari ke?

Lama juga aku tak mengaudate bog.Dalam 3 bulan juga blog berabuk tak di selia.Baru sekarang ada peluang nk menjengok blog.

Kelmarin terima brouser dari pasaraya jimatcermat yang promosi dari 7/6/2013 - 18/6/2013.Tak banyak barang menarik yg ada menawarkan promo freegift tp terselitlah satu produk yang selalu keluarga aku makan.Seperti gambaran diatas itulah freegift yang aku dapat.2 bungkus pasta San Remo yang diselitkan bersama-sama sepasang sudu dan garfu yang fancy ini.
Ada 3 set yang perlu dikolek dengan design yang sama tetapi berlainan warna.Aku hanya dapat kaler merah dan putih sahaja, warna hijau belum timbul.Mugkin selang 2-3 hari kot!

Sudu garfu yang cantik dan fancy ini tentulah aku tak gunakan untuk makan tetapi sebagai koleksi terkini aku.Untuk dapatkan set kutleri ini perlu beli 1 pek ( 2 bungkus ) pasta spagetti San Remo ini yang berharga RM7.99. untuk 1 pek
Close-up sikit



Bahagian belakang dengan chop 'SAN REMO'

Close-up belakang pulak
Tinggal satu kaler lagi baru cukup set.Sabar menanti, takkan lari gunung dikejar,ada rezeki dapat la ia.

11 Mac 2013

Mug Klassno Hitam

'Klassno' atau 'No Class'.Item yang tidak digemari, atau no class item ha ha ha....tapi aku suka mugnya.
Masih banyak lagi di pasaran.promosi dari penghujung tahun lepas.Secara jujur aku mengaku bahawa kopinya kurang 'kick', Indocafe lagi sedap dari ni.Yang ni buatan Temasik.

09 Mac 2013

Zaman Kapal Api


Dapat kalau tak silap bulan Oktober 2012 tapi tak kesampaian untuk entri hinggalah ke hari ini.Beli online dari Sabah bersama-sama 3 item yang lain.

Semasa sampai kat rumah dalam keadaan memuaskan tetapi sayang semasa membasuh tiba-tiba tangkainya patah.Gosok bukan kuat pun.Mungkin dah memang sampai masanya nak buat macamana ya..


Akhirnya kesampaian juga nak memiliki mug kapal api ini setelah puas mencari.Ada satu pun jadilah walaupun ada kecacatan kecil.Kawasan yang patah sudah digam dengan gam UHU.

23 Februari 2013

hijau

 





...............................................................................

Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
..............

....................................................................................................
sesuatu yang berlainan, lari dari kebiasaan.....walaupun hijau tetapi ia tetap yang lama.

14 Februari 2013

Van ekstra mini Temasek


4 design yg dipromosikan



 van today (2012)




Van 1980's











Pertolongan daripada kawan di Singapura untuk mendapatkan van ini.Hanya ada 2 design sahaja yang dapat dicari daripada 4 design yang dikeluarkan.
Bagi van tahu 1950an dan 1970an aku tak dapat kerana sudah habis dipasaran.Kalau tak silap promo bagi bulan Jun 2012 dan aku dapat van ni bulan Julai 2012,sebulan selepas promo.

Walaupun saiznya agak ektra mini dengan harga puluhan ringgit bagi 2 biji van ini, agak berbaloi juga membeli pek promosi Milo ini kerana van ini hanya dikeluarkan di Singapura sahaja, dan memang versi van Singapura.

Sebenarnya van ini adalah PERCUMA dengan pembelian pek Milo 2 kg kalau tak silap.Yang sampai ke Malaysia adalah van-van yang dipesan dan Milonya aku minta kawan sedekahkan kepada sesiapa yang memerlukan.disana ( Singapura ).

Terima kasih kepada kawan di Singapura, jasamu tetap kukenang.


12 Februari 2013

Tak Minum pun dapat...

Satu pemburuan yang tidak disangka mendapatnya.
 Disebuah kedai runcit pada pagi yang dingin.Hujan renyai-renyai menrenjis-renjis......aku dan kawanku menjalankan satu misi mengorek barang-barang koleksi.Sementara hendak membayar sempat berbicara dan bertanya...

Aku                : Aunty, itu dulang-dulang ada jual ke?
Aunty             : Lu mau ka?
Aku                : Yalah.
Aunty             : Itu dulang F & N ada.
Aku                : OK. keluarkanlah,kasi tengok.
Aunty              : Lu tunggu sekejap.
Aku                : Aaaah!
Aunty             : ini mau ka? ( sambil menunjukkan 3 kotak dulang Coca-cola )
Aku               : Ayya! tadi lu cakap itu F & N, takpalah saya mau semuanya.Ada lagi?Berapa harga satu?
Aunty             : Gua mana ingat maaa...ada 3 saja,sudah ada orang beli lor..tak mahal RM3 saja.
Aku               : Kalau ada lagi nanti bagitau saya ya.
Aunty            : Lepas raya la kalau ada nanti saya bagitau.

Kawan          : Nik, kau nak berapa?  (sambil menunjukkan dulang Coca-cola)
Aku              : Aku nak 2 kotak.Nanti lepas ni turn kau pulak...he he he..
Kawan         : OK! deal.

Setelah membayar kami berlalu dengan senyum sampai ke telinga.Hidup ceria dengan COCA_COLA he he he...walaupun aku tak minum Coca-Cola.
Pemburuan yang berbaloi-baloi..


Related Posts with Thumbnails