simpan apa saja barangan edisi terhad sama ada yang baru atau lama,sama ada dapat free atau beli dan juga barangan kenangan oldskool,antik atau apa-apa aje lah asalkan berkenan dan tertarik dihati.Blog ini dibuat untuk tatapan sendiri,pecinta-pecinta dan pengumpul-pengumpul barangan baru,lama,antik yang mempunyai hobi dan minat yang sama.Terima kasih kerana melawat blog ini.
28 Februari 2012
Sudu Oh Sudu....
Ceria dengan Mamee....
27 Februari 2012
Cawan Nescafe Gold Putih
Hasil korek minggu lepas di sebuah kedai apek,Dapat dengan harga RM15.00 untuk set 6 pasang ni.Berbaloi-baloilah.Cari punya cari akhirnya dapat juga 6 cawan ni setelah habis menyelongkar,hanya ada 6 cawan ni je kalau piring bertimbun-timbun.Terima kasih buat Aku Punyer Cap Ayam.
17 Februari 2012
Bukan binatang Kuning-kuning.....
Pernah tengok cawan ni di internet di laman alibaba.com yang pembuatnya semuanya berasal dari Tanah Besar China.Bermacam-macam jenis dan corak barangan tembikar yang ditunjukkan.Memang China terkenal dengan barangan tembikarnya.Sekarang sudah nyata berada di Malaysia dan di rumah aku khasnya.
Set penuh 6 pasang ni datang dari Melaka dan dapat 1 cawan Lipton tea free seperti dibawah tetapi tanpa sudu, (gambar bawah pinjam dari http://zaihanies.blogspot.com)
Sebelum ini dapat 2 ketul cawan kopitiam ni tanpa piring.Ingat nak entri sebelum ni tapi tak kesampaian sehingga ku terima set kuning ni dan entri bersama-sama.

kesian pula tak ada pasangan |
Nota : Tengah mencari cawan Lipton yang ada gambar teh uncang macam Yatt punya.Dah 2 kali terlepas...hu hu hu...
02 Februari 2012
teh 3 lapis dan 3 rasa.......
Ingat ikan je ada 3 rasa,atau kuih lapis je ada berlapis-lapis.Teh pun ada 3 rasa dan ada berlapis-lapis juga.Kalau tak percaya tengok kat bawah ni
Tentu tak menarik rupa teh tanpa gelas seperti diatas.Sebaiknya gelas kaca lutsinar supaya rupa teh nampak dipandangan tetapi lebih menarik jika gelas yang digunakan tu bersangkut-paut pula dengan teh atau bahan yang digunakan,baru ngam ho!
Terbaru dari F & N Dairies, dengan membeli ( 6 tin x 505g ) susu pekat manis penuh krim dapatlah sebiji gelas kaca yang tebal ni.Lepas ni kena buat teh 3 rasa(lapis) dengan gelas ni, tentu sedap lagi kalau isteri yang buat, tentu ada uuuummmmmpppphhh!