28 Februari 2011

Cawan Nescafe Cappucino

Dengan jasabaik Ceker Ayam Atos tuan punya blog oldschool maka dapatlah aku sebiji cawan ni.Sebenarnya rizal ada 6 pasang cawan ni satu jual kat aku dan satu lagi jual kepada yatt,baki 4 biji lagi katanya nak wat koleksi sendiri.Dia juga ada cawan Nescafe Kopitiam Hijau pucuk pisang,memang superb.Aku pun berkenan yang tu tapi tak dilepaskannya,mungkin suatu hari nanti...he he he.....

Berkenaan cawan ni,aku pun tak pasti bilakah dikeluarkan.Cawan mulut lebar ni memang berat dan tebal.Rasanya air panas boleh tahan lama kot sebab tebal.

Pernah juga minum cappucino peket tapi nescafe cappucino aku tak pernah rasa pulak.Sepertimana kata-kata yang tertulis di belakang cawan ni 'Whatever your Flavour...........Sink to Nescafe Cappucino',ia mengajak kita untuk menikmati kesedapan rasa dan aroma nescafe Cappucino walaupun kita suka milo atau teh.
Mungkin buih-buih yang mengembang membuatkan kita tertarik untuk merasainya.








24 Februari 2011

Mug Milo Majlis olimpik Malaysia

Mug Milo sempena delegasi Kontijen Malaysia ke Sukan Olimpik 2004 di Athens.

  Info menarik mengenai Sukan Olimpik Athen 2004:-
- Dikenali sukan olimpik musim panas
- kali pertama sejak Olimpik Atlanta 1996 bahawa semua negara dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa hadir.Tarikh temasya:  13 Ogos hingga 29 Ogos 2004
Athlit : 10,625 orang ( lebih 600 orang dari jangkaan )
Disertai oleh : 5,501 orang pegawai pasukan
Negara menyertai : 201 negara
Pingat : 301 pingat
Acara : 28 acara
sumber: wikipedia

USA tempat pertama dengan mengutip 36 emas,39 perak dan 27 gangsa.
127 negara tidak memperolehi sebarang pingat termasuk Malaysia .Boleh lihat disini
sumber:Majlis Sukan Negara.

Alex (Lim Keng Liat) yang melakar sejarah sebagai perenang pertama negara layak ke separuh akhir Sukan Olimpik Athens 2004 dalam acara 100m kuak lentang ~ Utusan Malaysia 16/08/2004.

BANGKOK, Thailand - Atlet Thailand yang memenangi lapan pingat di Sukan Olimpik bakal menjadi jutawan berikutan imbuhan dari kerajaan - tetapi sekurang-kurangnya seorang peminat yang sanggup pergi ke Athens memberi sokongan akan dibelenggu beban hutang.....(baca selanjutnya)




13 Februari 2011

Pencuci logam dari Amway

masih ada isinya
ini L.O.C Metal Cleaner yang terbaru dari AMWAY
Barangan penjagaan dapur dari Amway yang aku guna pada suatu masa dahulu (1998).Pek ini masih ada isinya dan masih boleh digunakan.Sekarang aku dah tak guna lagi barangan lain dari Amway kecuali pengilat kereta.Harga barangan Amway setiap tahun akan naik,harganya memang mahal sebab diimpot tetapi aku tabik tentang kualitinya tapi sekarang banyak pilihan boleh dibuat dengan kualiti yang setaraf.
Barangan 'Buatan Malaysia ' pun banyak yang berkualiti tinggi.Belilah barangan buatan Malaysia.

05 Februari 2011

Bekas Creamer Nescafe Gold

Bekas Creamer Nescafe Gold.Sebesar tin susu pekat,Memang cantik

01 Februari 2011

Cawan Milo Ulangtahun emas ( 50th anniv )

Sempena Jubli Emas (50th anni )Milo di Malaysia dikeluarkan cawan peringatan ini.Dah 10 tahun cawan ni.
 'MALAYSIA BOLEH'

Info:

Perayaan Jubli Emas MILO
MILO telah diberi setinggi-tinggi penghormatan apabila SPB Yang Di Pertuan Agong telah berkenan melancarkan perayaan ulangtahunnya yang ke 50 pada 28 Ogos 2000. Sebagai langkah untuk memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan sukan negara, MILO telah memberi penghargaan kepada 26 wira sukan negara, dulu dan kini. Perayaan tersebut ternyata lebih bermakna apabila MILO dikurniakan anugerah “Sahabat Sukan” oleh Kementerian Belia & Sukan sebagai pengiktirafan atas peranan MILO memacu kejayaan Malaysia di dalam bidang sukan. Untuk memperingati 50 tahun di Malaysia, MILO telah melancarkan laman webnya untuk terus mempertingkatkan penghargaan dan minat dalam bidang sukan di kalangan remaja.Selain daripada maklumat menarik mengenai minuman berkhasiat kegemaran negara, laman web di www.m i l o.com.my menawarkan MILO Hall of Fame yang memaparkan wira-wira
sukan yang diberi penghormatan oleh MILO, dan Star Chat, halaman interaktif bagi online chat bersama personaliti-personaliti sukan negara. MILO juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Majlis Paralimpik Malaysia bagi penyertaannya dalam Sukan Paralimpik Sydney 2000. Para peserta Paralimpik amat layak menerima sumbangan tersebut kerana mereka melambangkan wawasan Olimpik sebenar dan merupakan contoh unggul kesungguhan, tenaga dan kecekalan.