folooo...

01 Julai 2013

Sunquick 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah lama tak update blog, bulan Jun hanya satu sahaja entri dimasukkan.Dek kesibukan kerja maka blog tidak dijenguk apatah lagi mau update.

Bagi entri kali ini entri berkenaan gelas SUNQUICK 2013 yang baru terbit dipasaran.Cepat-cepat simpan untuk koleksi bagi semua yang berminat.

Tahun 2012 Sunquick memberi sebiji gelas kontot rendah dengan 'potongan straight-cut', maka bagi tahun 2013 ini potongan lebih berbentuk 'menggiurkan', tinggi sedikit dari gelas 2012 dan rendah rendah sedikit dari gelas 2011 dan tahun sebelumnya tetapi tetap mengancam dan comel.

Gelas yang diperbuat di negara jiran Indonesia ini agak tebal juga.


Pembemberian gelas percuma ini hanya untuk perasa oren,Mangga dan Tropika (setakat yang aku nampak dan tau la) bagi perasa lain-lainnya aku belum ternampak lagi dimana-mana kedai atau pasaraya.

Bentuknya seakan-akan gelas nescafe tetapi lebih kontot sedikit.Logonya masih dikekalkan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Walaupun corak lakaran pada gelas ini tiada tidak sepertimana tahun 2011 dan 2012,namun kecomelan gelas ini tetap terserlah.Logo yang diterakan agak simple tetapi nampak menarik.
Dari 2 minggu lepas memang sudah ternampak promo ini dan membelinya tetapi hampa kerana apa yang dapat adalah gelas sunquick dari tahun 2011 yang sudah banyak dapat.Apabila ditanya tentang gelas ini, jawaban belum sampai lagi ke sini.Pelik betullah jawaban yang diberi.Rasanya macam tak logik langsung.Botol promo dah bertimbun-timbun tetapi.....hu..hu..hu.


4 ulasan:

Iaryylr berkata...

wah Sunquick datang lagi!, mengapalah souvenir sunquick semakin simple ya? , kat sini belum ada lagi, kalau ada boleh buat stok berbuka pada bulan puasa nanti :)

Tengkubutang berkata...

hai.. salam kenal,
follower no.63
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/

Tengkubutang berkata...

kalau beli sunquick balckcurrent dapat jag plastik.. heee.. baru je beli minggu lepas kat mydin.. teman pun suka kumpul gak.. heee

live draw sdy berkata...

Live Draw Sdy

Related Posts with Thumbnails