folooo...

29 Disember 2011

Siapa yang pernah minum Susu Pekat Yeo's?......

Aku konpius samaada pernah minum atau tidak susu pekat yeo's.Seingat aku tak pernah nampak yeo's ada keluarkan susu pekat tapi entahlah mungkin tak sampai kat kampung aku agaknya.Orang lain mungkin pernah nampak atau minum susu pekat Yeo's ni.Aku tak dapat nak bayangkan macamana rupa tin susu pekat Yeo's tu.Agak-agak macamana ya?Kalau sesiapa ada clue boleh terangkan disini,kalau ada gambar lagi bagus.
Pertanyaan aku ni ada hubungkait dengan benda alah dibawah ni....
 
Dapat 5 pasang cawan ni dari abang Lan Antik tapi lupa bulan berapa beli ni tapi rasanya tahun ni juga..Sebenarnya ada 2 jenis yang dijual,satu bontotnya agak bulat semacam cawan kopitiam lama tu dan ada 6 pasang tapi tak sempat tanya dah disambar orang.
Kondisi cawan ni agak cantik dan berkilat,pembuatannya pun agak halus.Sepertimana kata Abang Lan susah nak juga dapat cawan ni.Amat jarang  sekali terjumpa di kedai-kedai apek ataupun jualan online.


 Menurut 'Encik Google" Yeo's melancarkan produk susu pekat manis ni pada tahun 1992.Kebanyakan produk Yeo's adalah jus soya dan buah-buahan,makanan tin seperti kari daging,ayam dan kambing,makanan sambal bilis,sotong,sardin,kekacang dan sos.Lain-lain seperti mee segera dan pes masakan.
Produk susu ni aku begitu konpius,mungkin produk susu ni tidak begitu laris dan hanya bertahan beberapa tahun sahaja.
Apa yang pasti dari maklumat yang sedia ada, cawan ni dikeluarkan pada atau selepas tahun 1995 sebab logo yang tertera di badan cawan adalah logo baru yang dilancarkan pada tahun 1995.
Walau bagaimana pun sekurang-kurangnya aku dah ambil tahu serba sedikit tentang kewujudan syarikat Yeo's ni dan juga produk-produk mereka.

13 Disember 2011

...kepala dah sejuk ke?

Krismas datang lagi.Maka mug ni dikenakan topi ala-ala musim salji.Pembelian yang berbaloi dengan harga RM1.00 sebiji.Yang ada DAD,MOM dan GIRL.Boy mana?

BOY mungkin dah jadi Boboi Maharaja Lawak Mega atau dah jadi Boboi Boy kemudian menyelinap masuk biskut Munchy's untuk jadi pemadam kepala BoboiBoy kerana takut ADUDU menyerang ha ha ha....

Iklan collectors,dapatkan pemadam kepala Boboi Boy sekarang?

10 Disember 2011

Nak pakai kasut ke nak makan coklat.......??

Sepasang kasut but,satu jantan dan satu betina.
Packing tin yang disumatkan kedalamnya 2 peket kecil coklat m&m.Corak yang meraikan musim salji Hari Krismas.Terbaru dari coklat m&m kot?

08 Disember 2011

Packing terbaru dari Oat Krunch......

Mula-mula tak perasan tin ni sebab letak kat rak paling bawah sekali.Tengah mata melilau tengok barang tu terpandanglah tin Munchy's ni.Tak percaya juga betulkah biskut Munchy's ni.Rupa-rupanya memang betul.

Kalau gitu ini memang yang terbaru dari Munchy's la.Sebelum ni biskut oat krunch ada bagi 'beg shopping sabtu' dengan pack lembutnya.Oat Krunch Munchy's dah buat penukaran pack kepada tin pulak.Ha ha ini sudah baiiiik!
Bila diteliti aku hanya nampak ada 3 corak tin ni.Corak bunga seperti yang nii,corak gelang bulatan seperti polka dan corak love.

Walaupun packing baru dari Oat krunch tetapi sebab dibuat daripada tin aku tak teragak-agak menyambarnya tambahan designnya sangat cantik.Tak peduli apa jenis biskut yang aku ambil,yang aku tengok designnya sahaja.
Sampai kat rumah baru tengok yang aku ambil biskut cokelat hitam.sedap juga biskut ni ya?

07 Disember 2011

Planet Binatang.......

Hanya ada 2 daripada 3 design.Nak cari lagi satu jenis pembaris.Terperasan masih ada lagi di sebuah kedai tapi dah tak banyak.Nak kena cepat ni!Kalau dapat yang sama lagi haru,bukan boleh tengok kat dalam kotak.

Nak tulis apa?....

Pembelian 2 tub aiskrim berbagai perisa yang diwar-warkan sahaja.Sama ada Perisa Crunch,Smatrties,Milo atau Kit Kat untuk dapatkan buku nota ni..Aku ambil 2 sahaja iaitu Milo dan Kit Kat.Promosi bulan Oktober 2011.Buku sahaja yang ada cop'Nestle' pen tak dibubuhnya pulak.Alangkah bagusnya kalau pen pun ada cop mohor.

03 Disember 2011

....with compliments from Julie's

Bekas tisu dan barang kemas 2 dalam 1......with compliments from Julie's.Souvenier ni tidak diedarkan kepada customer tetapi 'penghargaan' untuk pengedar-pengedar dan juga  promoter-promoter biskut Julie's.
Aku dapat ni dari pemberian anak sedara yang bekerja sebagai stok controller di sebuah pasaraya di KB Mall.Semua mak sedaranya dapatlah satu seorang.

Diperbuat daripada kertas keras(kadbod) dan tombol laci dari besi.Ukuran sebesar kotak tisu tetapi tingginya lebih sikit kerana ada 2 laci dibawahnya yang boleh disi dengan butang baju atau barang kemas.

'Edisi Terhad' yang tidak dapat diperolehi dimana-mana kedai atau pasaraya.

02 Disember 2011

Related Posts with Thumbnails