folooo...

26 November 2011

Nesvita 'Stay Spot On'

sori la gambar kabur kamera gigil

Gelas Sunquick 2009

Baru jumpa kedai apek.Ada 2 biji sahaja,tahun 2010 dan 2011 ada la dekat 2 dozen.Lain-lain sunquick tema bunga macam Bro Iaryylr.

14 November 2011

Hadiah dari KAWAN

Hadiah dari KAWAN sebab setia dengannya.Dapatkannya dengan beli roti parata 10 pcs.Dekat paket lawa pulak gambar hadiahnya dengan sarungnya berwarna biru terang.
Sayangnya set sudu ini tiada 'emboss' 'KAWAN' seperti mana sudu hadiah dari jenama produk lain.Mungkin 'KAWAN' ni low profile tak mahu gah menunjuk-nunjuk seperti yang lainnya.Pemberian yang 'ikhlas' katakan.........
Nasib baik ada sarungnya yang tertulis nama 'KAWAN',bolehlah jadi bukti bahawa 'KAWAN' pernah beri hadiah....

Mug Indo Cafe World Cup 2010

Beli 2 pek Kopi 3 in 1 beserta 1 kotak mug mini Indo Cafe.Yang nampak hanyalah negara England,Argentina,Brazil dan Sepanyol.Hanya sambar yang juara sahaja sebab kopi Indocafe ada 3 pek lagi yang belum buka.

04 November 2011

Cawan Kopitiam Nescafe II



Awal tahun jumpa cawan ni 1 pasang,akhir tahun pula dah jumpa pula 6 pasang.Orang kata kalau dah rezeki tak kemana,kalau bukan rezeki kita dalam mulut pun boleh terkeluar.Ya tak?

Sungguh puas dapat minum teh dan kopi pada sebelah petang dengan menggunakan cawan ini dan mencicah biskut jacobs kedalam minuman didalam cawan ini lalu dimamah dengan lahapnya.Fuh! terasa sedang mengeteh di sebuah kedai kopi dikampung bersama kawan-kawan.

Dengan ini terlebih (extra) la pula cawan ni satu pasang seperti di 28 Januari 2011 yang lalu.

Si penjual pun masih ada 2 set penuh lagi.Siapa-siapa yang berkenan bolehlah sambar.

02 November 2011

Mangkuk Nasi Tambah 9.25"

tambah nasi jangan malu-malu,nasi banyak lagi dalam mangkuk tu!Tak cukup warna biru, ada 3 lagi warna merah,hijau dan coklat tu.

01 November 2011

Related Posts with Thumbnails