folooo...

28 April 2011

Beg Eco dari Brown Coffe KOPIKO

Pembelian pek kopi gula perang dari KOPIKO.Belum cuba rasanya macamana.Kalau bro Iaryylr warna hitam aku punya warna perang kekuningan.Bila la nak jumpa warna hitam ni?

25 April 2011

Bekas kuih Raya Lipton Milk Tea

Raya Puasa lambat lagi tapi aku dah gatal tangan nak ekpos balang kuih Raya dari Lipton Milk Tea ni.Tak kisahlah asal barang yang dipaparkan dapat dikongsi bersama dengan kawan-kawan.Mana tau lepas ni kawan-kawan nak cari juga,jadi ada banyak masa lagi nak menghunting kan?

Dapat bekas kuih ni dari Bro Shariff.Terima kasih pada bro Shariff.

Bekas ni adalah bekas biasa dan tidak mahal pun dan bentuknya pun memang biasa kita lihat di kedai-kedai atau di rumah-rumah saudara-mara semasa mengziarah di Hari Raya.Yang membuat aku berkenan bekas kuih ni sebab label dan chopnya.Lain dari yang lainkan?

Info keluaran bekas ni aku tak pasti pulak.Collector yang pernah simpan atau guna bekas ni mungkin boleh bagitau.
Raya tahun ni bolehlah aku guna bekas ni buat isi kuih raya...(selalunya kuih raya tak banyak mana pun..he he he..).
Sayangnya aku cuma ada 5 biji sahaja,tak cukup set.Dari 5 biji,1 pulak lain.Empat adik-beradik kandung 1 anak angkat..he he he..( biasanya yang satu tu yang lebih disayangi )


24 April 2011

Mug Lipton Corak Batik

Ada 4 design untuk dikoleksikan tapi aku ada 1 sahaja.Kena usaha lagi.

22 April 2011

20 April 2011

19 April 2011

Frame Gambar Bermagnet Klassno

 Pembelian kopi KLASSNO 3 dalam 1.Free giftnya dilekatkan dengan salotip dibahagian depan,mulanya macam tak perasan sebab kalernya sama dengan peknya dengan gambar kopi.Setelah dibelek-belek maka terjumpalah pek promo ni.Bukan semua pek ada frame ni terpaksalah aku geledah pek kopinya kat rak.Pekerja pasaraya tu pun tengok aku lain macam je,manakan tidak diaorang penat-penat susun aku pula pergi geledahkan...he he he...
Sebelum ini aku tak pernah beli pun pek kopi Klassno tapi disebabkannya ada bagi free gift ni aku belilah satu,lagipun kopi aku dah nak habis.Cuba sekali yang ni,mana tau sedap daripada yang biasa aku minum.
Huh! dah jadi 'tester' kopi la pula...he he he..

Info tentang frame ni:-
Bersaiz sebesar gambar 4R
Designnya rasanya satu ni je sebab aku tak jumpa yang lain.
Bahagian belakangnya yang bermagnet.
Diperbuat seakan-akan dari plastik getah ( mungkin PU ) aku pun tak tau bahan apa.




18 April 2011

Mug Lipton London I

Aku ada beberapa jenis mug Lipton, akan diupdatekan satu persatu.
Dikoleksikan pada Mac 2011.
Info:tiada





17 April 2011

Coca-Cola Buat Hal lagi!

Pada 28hb.April ni akan berlaku perhimpunan orangramai di setiap kedai makanan segera Mc Donalds di seluruh Malaysia.Perhimpunan ini bukan berkaitan isu politik atau bantahan orangramai terhadap kedai McD tetapi gara-gara satu benda seperti didalam gambar di bawah









eh! macam nama coca-cola tapi apa benda ni?       



Ini adalah satu iklan yang dibuat oleh McD untuk melariskan burgernya pada hari tersebut dan minggu-minggu berikutnya.Mungkin gambar diatas belum begitu jelas apa kebendanya yang saya maksudkan.Mungkin juga ada yang sudah sedia tahu tentangnya.Takpa lah, info ini aku salurkan kepada yang belum tahu.

Kat bawah ni ada gambar yang menerangkan segala-galanya.




Sebuah gelas tin 'emboss' Coca-Cola akan diberikan PERCUMA kepada pembeli-pembeli set Burger 'Coca-Cola Glass Meal'.
Kondisi gelas yang berwarna-warni dari Coca-Cola ini sungguh cantik dan unik.Berbentuk seperti sebuah tin Coca-Cola tanpa penutup atasnya.Kaca gelas ini nipis,jadi mungkin sesuai untuk dipamerkan atau dikoleksikan sahaja.
Aku pernah tengok design gelas seperti ini sebelum ini.Gelas jernih yang pernah dikeluarkan oleh sebuah syarikat air haram beberapa bulan yang lalu.Info boleh tengok sini
Selama enam minggu berturut-turut gelas ini akan dikeluarkan kepada pennggemar-penggemar barangan Coca-Cola.
Jadi bagi penggemar-penggemar koleksi Coca-Cola dan peminat-peminat lainnya persiapkan diri anda sebab dari pengalaman lepas gelas Coca-Cola akan menjadi rebutan ramai sebab gelas Coca-Cola memang LIMITED EDITION.

Untuk maklumat lanjut sila  ke sini



15 April 2011

Jug Plastik Sunquick


Perolehi jug ini bersama-sama bocong/tumbler pink pada hari yang sama tapi berlainan kedai.Ada la 4 botol bersama jug di rak tapi tak perasan samaada kaler sama atau berlainan.Yang aku dapat ni dengan tangkai kaler oren dan botol perasa eksotik.Bro Iaryylr pernah entrikan berkenaan jug ni dengan kaler kuning dan juga hijau.
Diperbuat dari plastik jernih PET BOTTLE yang lebih tebal dari 'pet bottle' minuman dipasaran.Manakala tangkai dari bahan plastik PP no.5 atau LDPE no.4 sama seperti cawan plastik atau bekas tupperware dan penutupnya dari akrilik.

13 April 2011

Bocong dari Sunquick

Berbelanja di pasar basah Kipmart untuk membeli lauk dan sayur.Teringat pula nak cari sedikit barang-barang makanan kering dan barangan minuman.Singgah sekejab di sebuah kedai runcit didalam Kipmart tersebut.Belek punya belek terbeleklah botol sunquick yang melekat bersama-samanya sebuah bocong atau tumbler plastik ni.Tak tau pula promosi baru atau lama tetapi dari penyiasatan didapati mungkin yang lama sebelum jug plastik sunquick 2010 seperti Bro Iaryylr.

Macamana pula aku tau? Teorinya..tarikh 'guna sebelum' untuk botol bersama bocong ni adalah 06.11.2011 manakala tarikh untuk botol jug sunquick pula 06.07.2012,yang mana botol pengeluaran keluar dulu adalah promo yang terdahulu.Mana pula aku tahu tarikh untuk botol bersama jug plastik tu?...he he he...sebenarnya aku dapat kedua-duanya pada hari yang sama tapi berlainan kedai.Kalau bro Iaryylr dapat jug bertangkai warna kuning dan hijau,aku hanya dapat sambar warna oren.Nanti lain masa aku kena cari lain-lain warna.Insya Allah.....

11 April 2011

Fridge magnet Maggi

Tak tau bila bermulanya promosi magnet ni tetapi kat pasaraya masih ada lagi.Kalau tak silap ada 4 pilihan design untuk dikoleksikan.Dengan pembelian 1 kotak promosi yang mengandungi 2 kotak kiub perasa ayam yang biasa maka dapatlah magnet ni yang telah sedia dilekatkan pada pek promonya.
Chef Cik Maggi ni nampak sungguh kiut dan menarik.Itu yang membuat aku terpukau dan terpana bila memandangnya dan dengan cepat kusambar untuk memilikinya tambahan dengan kos yang tak sampai RM10.00 pun.

07 April 2011

Kamu nak POWER?

Apa yang anda mahu? Saya mahu Power la...Kamu nak POWER? Nak terimalah POWEEER.....begitulah iklan di TV dengan produk kopi Pra-campur SUPER POWER.Mungkin pada ketika itu juga dikeluarkan mug ini untuk penggemar-penggemar dan pembeli-pembeli pek kopi Pra-campur super Power ni.

Sebenarnya mug ini disediakan sekali dengan sudu porcelain yang boleh diselitkan dilubang yang disediakan kat tempat pemegangnya tu seperti mug Milo tetapi mug yang aku dapat ni tidak ada sudunya.

Dapat mug ini dengan urusan barter dengan seorang pengumpul PML tegar iaitu Yatts yang sekarang dah berjinak-jinak pula dengan koleksi free gift dari barangan pengguna.Terima kasih Yatt.

Mug ini sungguh cantik sekali dengan deko gambar jin bertoncit yang mukanya sangat lucu.
Sebenarnya banyak mug-mug yang cantik dari SUPER yang terdahulu tetapi aku tak kolek sebab masa tu belum jadi 'collector' lagi.Sekarang tengah mencari kalau-kalau ada lagi mug atau cawan yang tak pernah aku lihat atau kumpul.








05 April 2011

Ben 10 Ultimate Alien Trading Card

Sekarang susu yogurt Calci-Yum dari Fernleaf ada bagi promosi untuk tuntut hadiah CABARAN BOOSTER 2 X GORES & MENANG.
Beli Pek Calci-Yum berharga RM6.89 dengan 8 cawan berbagai perisa ini ada disertakan sekali 4 keping 'Trading Card' Ultimate Alien Ben 10 yang boleh digores dan jika bernasib baik selepas gores ada gambar Sony PSP maka boleh tuntut salah satu dari 200 buah PSP yang disediakan.Syaratnya sungguh mudah hanya gores,jika ada PSP isi borang dan jawab satu soalan mudah dan tuntut dengan sertakan trading card tersebut bersama-sama borang yang diisi.
Pembelian kali pertama ni tidak membuahkan rezeki tapi masih ada 'Trading Card' untuk disimpan tapi pembelian pertama ni juga trading cardnya terpaksa diberi kepada anak sebagai permainan mereka.Nampak gaya kena beli double pack la pulak.Satu untuk anak dan satu untuk bapa.
Trading card ini mempunyai 20 karakter(rekabentuk) untuk dikoleksikan.
.


04 April 2011

CD-ROM game filem animasi RIO dari Nestle

4 bahasa arahan melayu,thai,cina dan english
sampul dengan cetakan didalam
Filem animasi RIO belum ditayangkan lagi di pawagam tetapi produk sampingan dengan 'branding' filem ini sudah dikeluarkan dipasaran.Sebuah cd-rom permainan komputer untuk kanak-kanak berjenama RIO sedang dipromosikan oleh Nestle Cereal.Banyak terdapat dimerata-merata pasaraya dan kedai runcit dengan promosi kotak besar manakala kotak kecil pula dengan wiselnya.

Sebenarnya aku pun tak perasan dengan promo ni tetapi anak yang aku beria-ria nakkan Koko Krunch disebabkan cd inilah.Sekarang pantang aku keluar ke pasaraya asyik nak mengikut sahaja dan dah tentulah apa yang aku cari itulah yang diikutinya,sekarang pun dah pandai memilih barangan yang ada free gift aje..he he he..
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ya tak? Yang membezakannya adalah nawaitu sahaja,kalau aku dapatkan free gift hanya untuk dikumpul tetapi mereka hanya untuk dibuat mainan.Tak apalah akan ku ajar supaya mereka lebih sayang barangan mainan supaya esok kalau dah puas main boleh bagi kat abah ye!.

Oleh kerana sayang dengan cd-rom tu aku dah muaturun permainan tu ke komputer,cd aku simpan takut calar.Kalau sesiapa nak permainan tu silalah beli Nestle Cereal di kedai berdekatan anda sementara stok masih ada.Ni Nestle kena bagi upah buat promosi ni.he he he......

Related Posts with Thumbnails